/* cpalead punya ni */

CUN! Review

CUN! Review
ok la.. cerita ni best dan kelakar
gile wooo.. cerita lebih kurang macam
cuti-cuti cinta

jalan cerita dia bermula
luna adalah pengacara tv program MELETOP
yang mana dalam program tu die cite gosip artis ajela
1 hari dia pergi rumah ryan iaitu boyfriend die

tapi terkantoi plak si ryan ni nak buat maksiat
dengan pompuan lain dekat rumah dia
lepas kantoi tu si luna tensen dan nak release tensen
dia balik kampung tom iaitu PA dia dekat kedah

balik je sane die tinggal dengan family tom
dalam family tom ada atan, manis, tok chah dgn budak kecik
apa nama ntah
jadi sepanjang masa dia tinggal dengan keluarga tom

die mula jatuh cinta dengan keluarga tom dan atan
dan mula merasa kebahagiaan sebuah keluarga
sepanjang dia tinggal dekat
kampung tom kat kedah sana

jadi semenjak dia meninggalkan KL
die menghilangkan diri ke kampung tom
adala 2 ekor minah ni dengki dengan kehadiran
luna sebab minah ni suka dekat atan

jadi mereka melaporkan kepada crew MELETOP
bahawa si luna ada dekat kedah
jadi mereka pun datang la ke kedah
untuk bawak luna pulang

timbul plak pergaduhan dekat
depan rumah tom dan menyebabkan
atan ni mengamuk dan halau luna balik kl
jadi luna merajuk dia pun balik kl

lepas tu ape eh….
hah, tok chah atan pujuk atan supaya
pergi pujuk luna balik dekat kl
jadi sampai dekat kl, keluarga atan diperangkap
oleh crew MELETOP

crew tu suruh atan masuk studio meletop
dan rakam la untuk tatapan umum hanya untuk menaikkan rating
program MELETOP dan untuk dapatkan duit
gila bangsat punye orang macam ni pun ada

jadi atan malu la dia pun pulang kedah
nak dekat abes dah ni…..
korang pergi la tengok sendiri cerita cun ni dekat
wayang berhampiran

aku rasa ramai xtaw pasal kewujudan movie cun ni pasal
aku sendiri pun xtaw pasal kewujudan movie ni
sekali aku tengok trailer macam best..
aku pergi tengok memang best pun cite ni.. memang ketawa terbahak2
sampai kahak keluar punyela.. KOMFOM
jadi bawah ni korang tengokla sendiri trailer movie ni

kalau boleh korang klik la button share ni dekat facebook korang ye.. thanks reader

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , ,

No Comments

World Invasion Battle Los Angeles Review

World Invasion Battle Los Angeles
sebelum tidur nak cecite sikit pasal
movie baru ni
aku tengok dekat mid valley
dengan member aku dapat plak tiket free
untung den

ok cerita ni pada pendapat peribadi aku
best lebih macam transformers jugakla

cerita dia pasal bumi diserang oleh alien
jadi ada la seorang ni staf sarjan michael nantz
dipanggil semula bekerja untuk rekrut platoon
dia tapi dibawah arahan leftenan william martinez
leftenan muda ni budak baru, pangkat tinggi
tapi takde pengalaman dalam peperangan sebenar..
dan ada lagi beberapa orang tentera marin
dibawah arahan left muda tu

diorang ni diarahkan untuk pergi ke
balai polis LA untuk selamatkan orang2 awam yang ada
dan mereka diberi masa 3 jam je untuk keluar dari situ
lepas tu pihak tentera akan bom tempat tu

jadi dalam perjalana diorang ke sana tu
diorang diserang oleh alien
scene yang ni pergi tengok sendiri dekat
wayang tu.
lepas tu diorang pun selamat sampai
dekat balai polis dan selamatkan 5 orang
awam dekat situ.

misi seterusnya pergi ke FOB (Forward Operating Base)
sebab helikopter yang patut selamatkan diorang tu kene tembak
dek alien yang jahat durjana
masa scene sini si left muda ni dah gelabah ayam dah
jadi mereka ni kene gune jalan darat.
diorang nak pergi ke FOB naik bas

sampai atas highway je diserang dek alien
yang jahat durjana lagi
masa part sini si left muda ni injured
jadi die pun nak kamikaze la demi geng2 lain
dan ada sorang lagi injured iaitu org awam

jadi mereka pun dah sampai kawasan FOB
dekat situ dah ready untuk terima hentaman bom
masa dekat situ diorang dapat tau dari media
bahawa alien datang untuk dapatkan sumber air bumi
ape daaaa… nak air mintak je la elok2.. ini nak perang2
jadinya berbalik pada cite tadi
tunggu bom nak letup
tapi xde bom pun yang letupkan kawasan tu
diorang heran dan pelik ah

diorang ni pun pergi ke base camp semula
alangkah terkejut beruknya mereka tengok
kawasan situ pun dah kena serang dek alien
yang jahat durjana itu
patut la xde bom

lepas tu diorang ni call la pangkalan
untuk berpindah ke pangkalan baru
masa on the way pergi pangkalan baru
diorang discover 1 kawasan
dimana alien jahat ini berpusat
jadi mereka nak pergi serang kawasan situ

dekat part sini best
aku pun dah penat menaip
menaip pun sebab dah dekat sebulan xupdate blog
jadi dekat bawah ni aku bagi trailer movie ni.. chill
jgn lupa klik button share warna biru dekat atas tu ye

Share/Save/Bookmark

Tags: , ,

No Comments

127 Hours Review

127 Hours Review
ok, cite ni xsilap aku belum
keluar lagi dekat cinema masa aku tengok
tapi ntah macam mana aku leh
tertengok cerita ni

tak mau cite kosong banyak
mau celoteh sikit
bagi korang yang tak tau
cerita ni sebenarnya adalah cerita betul
tentang seorang mamat yg suka mendaki gunung

dan plot cerita ni simple saje
kisah dia start Aron Ralston
tengah bersiap-siap nak pergi Bluejohn Canyon
hiking dekat sane, sampai sane die tidur dulu dalam kereta

esok tu baru dia mulakan perjalanan dia
dia cuma pergi sorang-sorang die je
gile berani mamat ni pergi sorang-sorang. tapi biasala dah kata
hobi memang xde hal die pergi sorang
macam aku hobi tengok wayang,
takde hal pun tgk wayang sorang-sorang

jadi dia mulakan perjalanan tiba-tiba
terserempak 2 orang awek yang sesat
jadi dia pun tolong la cari jalan untuk awek-awek tu
ada 1 scene yg best gila, diorang mandi siap terjun2 lagi
dalam air.

lepas dah jumpa perjalanan awek tu, dia pun teruskan
perjalanan dia sorang-sorang, tengah best-best die panjat
dia pegang la 1 batu, tapi batu tuh terjatuh sekali dengan dia
jadi disebabkan tu, batu tuh menyangkutkan(cam kelakar je)
tangan dia dekat batu besar.

jadi dekat sini la cerita dia bermula
macam mana dia nak survive dekat situ
dengan keadaan tangan tersangkut di celahan batu besar gedabak
ada part dia cuba tarik batu, ada plak part die kikis2 batu guna pisau
ada plak part dia terpaksa minum air kencing sendiri.

jadi macam mana agaknya dia boleh keluar dari celahan batu tu?
perghhhh.. semangat hidup mamat ni memang betul-betul kuat
kalau nak best korang pergi je la tengok sendiri..
cam biasa aku bagi trailer cite ni dekat bawah ni hah..
opsss…kalau boleh kilk “share” button dekat atas ye..

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , ,

2 Comments

Sanctum Review

Sanctum Review
cite ni aku tgk dekat wayang
rumah aku jer.. hehe
download kat tenet gambar xlawa
xpuas menonton

ok cerita ni pasal
peng’explore’
pergi ke gua Esa-Ala
kisah yang sebenarnya mereka
ni nak mengkaji
sistem dalam gua tersebut

sampai 1 masa, Frank dan Judes
nak selam masuk dekat 1 tempat
yang belum di explore oleh orang lain
known as Devil’s Restriction

jadi mereka berdua dah sampai sane
dah puas tengok Devil’s Restriction
mereka berpatah balik pergi kem mereka
tapi tiba-tiba hos pernafasan judes
bocor or rosak la jadi dia takde tank
back-up. si Frank pun offer la

alat pernafasan dia. bukan CPR ye!!
dah tukar2 bernafas si judes ni panik
die xnak tukar hos tu dekat frank
padahal hos tu frank punya
last frank tolak judes
maka matilah wanita itu kelemasan

kembalilah Frank ke tapak perkhemahan
bersama mayat Judes. lepas kejadian tuh
dekat dunia luar plak tgh hujan ribut kuat gile
jadi org2 dekat luar tu suruh Frank dan lain2
keluar dari gua tuh

tapi mereka xsempat sampai ke atas
sebab dalam gua dah banjir
jadi mereka tiada jalan lain
terpaksa cari jalan keluar yg lain

jadi bermulalah exploration mereka
sorang demi sorang mati
yang paling sedih apabila mereka
terpaksa bunuh kawan sendiri sebab kawan mereka
injured teruk. daripada tersiksa lebih baik matikan

keadaan macam tuh jugak la terjadi kepada Josh
anak kepada Frank, die terpaksa bunuh ayah sendiri
sebab ayah die injured teruk masa bergaduh
dengan Carl

akhirnya review aku tamat sampai sini
nak best tunggulah 17 February 2011 ni
dan aku akan pergi tengok lagi sekali
dekat wayang.

opsss…lupe lak nak bagi video trailer cite ni…..
maklumlah lame tak update blog
kalau boleh klik button biru “Share”
dekat FB korang ye… terima kasih

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , ,

6 Comments

Mind Block

mak ai, 3 minggu x update blog
terlupa plak aku ada blog
huhu. anyway nak mencatit ape ni?
Mind Block

dalam bahasa melayu bakunya
Blok minda
aku x pandai sangat nak menceritakan
dari mane datang tajuk ni?

pasal benda ni wujud dalam minda aku
adoi. susah aku nak buat sesuatu kerja
kalau mind block ni ada.
contohnya la kan

macam aku main parkour
katekanlah aku nak buat flipping
tetiba pale otak berkata
“ish.. kang ko jatuh patah tangan kang”

padahal aku yakin aku boleh buat
faham tak faham tak? tak faham?
contoh kedua aku bagi
situasi nak mintak no fon awek

1 petang yang aman di taman KDE Ampang
korang sedang berjogging sorang2
sekali ada awek pun jogging sorang2
korang nak mintak no fon die
tapi kepala otak korang berkata
“aiseh, kang die x bagi kang malu besar aku”

jadi, disebabkan pemikiran macam tuh
semua benda yang nak buat terus terbantut
jadi macam mana nak atasi benda ni eh?
entahla, macam2 cara aku rasa

cara2 aku nak atasi mind block ni
bergantung pada situasi jugak
salah satunya FOKUS
kadang kadang susah jugak nak fokus

jadi kalau aku susah nak fokus
aku akan pejam mata
tarik nafas dan hembus
dalam kepala jgn fikir apa2
buat antara 2-3 minit
atau kata saintifiknya ber- meditasi -lah
lepas tuh fokus

lepas tuh aku terus boleh buat
atau kata saintifiknya aku dapat
lepasi mind block aku ni
mind control everything

minda kita jugaklah boleh
menentukan kita berjaya atau tidak
banyak tips aku baca dari blog
kak rina ni pasal minda manusia

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , ,

No Comments

Khurafat Review

Khurafat Review
cerita ni aku terlambek sikit
menonton dekat cinema
anyway cerita ni best jugak la
okay, cerita ni bermula

Johan baru berkawen dengan Aishah
dalam pada masa yang sama dia
meninggalkan anna bekas awek dia
sebelum kawen dengan aishah

walaupun johan dah jadi laki orang
si anna ni tetap nak dekat johan tuh
walaupun mamat tuh dah berlaki
eh silap berbini malas nak tekan “backspace”

sampaikan si anna ni sanggup
mencederakan diri die sendiri
sebab kecewa dengan nasib
yang menimpa dia

tapi semenjak si johan ni kawen
dengan aishah
tiap-tiap hari kehidupan
mereka diganggu oleh mahkluk halus

sampai la 1 hari tuh
si anna ni mati sebab bunuh diri
jadi mak anna amanahkan si johan
supaya menguruskan jenazah si mati

jadi dia nak hantar jenazah balik kampung
dekat sini la berlaku kejadian pelik hah..
ala yang van tergolek dekat bukit tuh
dekat part sini lah

apakah punca gangguan ini semua berlaku
aku tertanya-tanya jugak
lepas kejadian van tergolek tuh barulah
aku tau punca sebenarnya

kalau korang nak tau punca gangguan
korang tontonlah sendiri cite ni
dekat wayang berhampiran umah korang

cam biasalah aku bagi video trailer movie ni

dan di samping tuh aku nak promote sikit
produk yang masih hot lagi sampai sekarang
untuk buat duit dengan internet

untuk buat duit dengan adsense
bukti dia korang boleh tengok post aku yang lepas2
dekat sini

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , ,

No Comments

Paranormal Activity 2 Review

Paranormal Activity 2 Review
cerita ni aku tengok dekat times square
dan cerita ni sebenarnya adalah
kesinambungan kepada cerita
Paranormal Activiy 1 yang
ditayangkan pada november 2009 xsilap aku

ok cerita ni kisah 1 keluarga tinggal
di rumah la kan..
adala 1 hari tuh rumah mereka seperti
dimasuki pencuri sebab barang2 dalam rumah
bersepah tapi barang2 xde dicuri

jadi si ayah pun tekad la nak
pasang kamera CCTV 1 rumah
jadi bermula kisah hantunya disini
tapi jalan cita ni agak slow sikit la
pada peringkat permulaan sebab
pada malam ke-8 xsilap aku
baru la ada action sikit

dalam cerita ni jugak muncul
si Micah dan Katie iaitu
pelakon paranormal activity 1
jadi hantu ni ada berkait dengan
Katie pelakon movie pertama
Christy Pelakon movie kedua
mereka ni adik beradik

dia punye hantu aku malas nak cerita
sebab bagi aku cerita ni best
dan xbest kalau aku cerita kat sini
aku sarankan tengok dekat wayang kalau nak tengok

kalau nak tengok kat rumah pastikan
sound system korang canggih la
kalau setakat speaker cikai je
serupa tengok je la korang tengok
documentary national geographic je
dan pastikan sound system pasang kuat

enjoy.. aku kasi trailer movie ni dekat bawah
dan kalau korang xkisah.. boleh la klik button share berwarna biru dekat atas

Share/Save/Bookmark

Tags: , , ,

5 Comments

Season of The Witch Review

Season Of The Witch Review
orait, cerita ni aku tengok
dekat Mid Valley.
mulanya nak tengok Paranormal Activity 2
tapi hall 3 ada masalah pulak
kena tukar tiket atau refund
so aku tukar tiket kepada cerita
Season of The Witch
aku masuk lambat sikit tadi

cerita ni starting memperkenalkan
Felson dan Behmen dua satria
kerajaan mane ntah keje (aku xtaw pasal masuk lmbt)
tawan negara orang je keje
sampai la 1 masa diorang ni
terbunuh wanita dan kanak2

jadi mereka berdua ni pergila jumpa
ketua mereka untuk protes apa yang dilakukan
dan serta merta mereka berdua tarik diri untuk
terus follow ketua diorang

mereka ni pun merantau la sampai di 1 bandar
masuk je bandar situ
penduduk dekat situ seperti terkena
penyakit virus yang dipercayai dibawa
oleh seorang awek ahli sihir.

jadi diorang ni pergi la beli kuda dekat
pekan situ sebab nak merantau lagi jauh
sekali terkantoi plak dengan askar pekan tuh
bahawa mereka adalah knight negara mane ntah (aku xtaw pasal masuk lmbt)
jadi mereka dibawa berjumpa king pekan tu dulu
sebelum di bawa ke penjara

king tu offer bawak ahli sihir tuh
pergi Severac untuk berjumpa
dengan sami2 dekat sana untuk hapuskan
wabak yang dipercayai jampi dibawa oleh
ahli sihir tuh

jadi Behmen and the geng
pun setup la 1 team untuk bawak
witch tu p Saverac
jadi sepanjang perjalanan tuh macam2
la dugaan dan cabaran diorang tempuhi

hah.. cukupla sampai sini aku menaip
xlarat dah.. lepas ni nak menaip
cite paranormal activity 2 plak
cam biasa la aku tabur video trailer cite ni.. enjoy
dan kalau korang xkisah.. boleh la klik button share berwarna biru dekat atas

Share/Save/Bookmark

Tags: ,

No Comments

Tron: Legacy Review

Tron: Legacy Review
cerita ni aku tengok lepas aku tengok movie
aku masih dara

cerita ni pasal Kevin Flynn ayah kepada Sam Flynn
hilang masuk di dalam dunia grid,
dunia lebih kurang macam dunia digital lah
jadi si sam ni pun mencarilah ayah die

dan telah termasuk ke dalam dunia grid
secara x sengaja selepas Alan kawan Kevin
memberikan sam kunci kedai game arked milik keluarga Flynn
lepas die masuk dalam dunia tuh

secara tidak sengaja die terpaksa
masuk game dimana dia kena lawan
dengan program dalam dunia tuh iaitu lawan cd
dan lepas tuh die berjumpa lah dengan ayah die dalam
dunia grid tuh iaitu CLU,
tapi clu ni sebenarnya bukanlah ayah dia

lepas tuh die dipaksa pulak lawan motor
dalam dunia tuh tapi diselamatkan oleh
Quorra lalu dibawah ke tempat ayah sebenar sam
sembunyi, jadi dekat situ kevin pun menceritakanlah
macam mana dia boleh tersangkut dekat dunia grid

dan untuk pulang ke dunia realiti hanya ada 1 cara saja
iaitu pergi ke platform, platform hanya dibuka selama 8jam
setelah org dari dunia luar masuk dunia grid
si sam dah masuk dunia grid, jadi lepas
dari tu la die mulakan perjalanan
untuk pergi ke platform

Sam, Kevin dan Quorra berjaya
sampai ke platform untuk kembali
ke dunia realiti. tapi
faham2 je lah ape yang jadikan
aku malas nak cerita nanti x best plak

overall cerita ni memang best, cantik
kalau tengok 3D pun cantik jugaklah
dengan pakaian diorang menyala2
lepas tuh teknologi kenderaan mereka cool gile
cuma ending dia aku rasa kureng best sikit
sebab aku senang agak macam mana ending movie ni
dan ape yang aku sangkakan memang jadi realiti pun
oklah, aku bagi trailer movie tuh dekat bawah ni
kalau boleh korang tekan button biru dekat atas sebelah kanan artikel
ini untuk share artikel ini dekat status FB korang..thanks ye

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , ,

2 Comments

Aku Masih Dara Review

fuhh..ari ni aku layan
2 movie sekali gus..
dah boring tahap gila
duk umah, layan movie ajela
first movie aku tengok tadi adalah
Aku Masih Dara,

ok cerita pasal 3 orang gadis
Alisya (Yana), Sufia (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir)
kire diorang ni BFF
Best Friend Forever

diorang ni kaki clubing la jugak
pergi clubbing je minum
si hani pulak, sambil minum layan pil
supplier pil die Zekry (Farid Kamil)

pada suatu hari sepupu alisya iaitu
Firdaus (Asyraff Muslim) datang ke rumah
Alisya atas permintaan Mak Ayah
Alisya supaya si firdaus ni dapat
didik alisya jadi budak yang baik gituuu

lepas itu, ada 1 masa si aliysa nak keluar
pergi bukit bintang, jadi si firdaus nak ikut,
tapi alisya tak nak bawak tapi
dipaksa oleh ayah dia supaya
bawak firdaus pergi sekali

then berjumpalah mereka di bukit bintang gloria jean’s
lepas tuh firdaus diperkenalkan oleh kawan2 alisya
1 hari rabu malam khamis, firdaus nak alisya
lepak kopitiam, tapi mak alisya kate
die dah tidur, rabu malam khamis je mesti tidur awal
jadi firaus pun keluar la sorang2 nak pergi kopitiam
tetiba terserempak alisya tengah tunggu kawan2
dekat bus stand. kantoi la sudah disitu

nak tak nak alisya kena bawak firdaus pergi
party gadis tanpa dara, sampai sane je
si alisya dan hani pergi menari-nari
tapi si sufia xnak menari
die lepak setable dengan firdaus
kat situ firdaus nasihatkan sikit si sufia
esoknya plak, sufia datang rumah alisya
masa tuh plak firdaus tengah baca al-quran
sufia terdengar dan die terasa begitu tenang sekali

balik rumah je die tanya mak die samada ada al-quran
tak kat rumah, mak kate ada, bila die bukak je
al-quran die rasa sedih sgt sebab xpandai baca
die call firdaus mintak firdaus ajar die baca al-quran

so dekat situ bermula lah kisah sufia nak insaf
sampai nak ikut firdaus balik kampung belajar agama islam
tapi kawan2 die hani dan alisya tentang sekeras2nya
sampai diorang bergaduh
jadi dekat kampung sufia belajar la agama dengan family firdaus

dekat KL pulak, si hani dan alisya pergi ke private party
dekat rumah zekry di mana pada malam tuh si alisya
hilang dara dan takut mengandung
lantas die pun baliklah kampung jumpe sufia cerita hal sebenar
demi menutup aib alisya, alisya nak kawen dengan firdaus
sebab die ingat die mengandung.
hal ini menyebabkan sufia terpaksa korbankan cinta untuk kawan die
si alisya itu. ye lah, awek tuh dah syg firdaus nak kawen dah pun
tetiba si alisya plak wat taik die plak kene korban cinta

jadi sufia nak pulang ke kl si hani mintak
sufia pas kan pil zekry die terambil pil tuh
masa malam party private tuh.
tapi sufia buang pil tuh
jumpa zekry. dia bagi duit dekat zekry
dan mintak zekry jgn kacau kawan2 die lagi

tp zekry tak puas hati, mintak sufia bwk
die jumpe hani dekat kampung firdaus
dekat sini la terjadinya aksi tikam menikam
yang mana si firdaus kena tikam dengan zekry
lepas tuh………….faham2 jelah

lepas peristiwa itu, sufia terus belajar agama,
si hani pulak pergi masuk pusat pemulihan akhlak
dan alisya still x insaf lagi..
the end..

overall cite nih ok la jugak..
ada lawak jugakla dalam cite nih
dan cite ni lebih kurang macam
syurga cinta lah jugak kan..
macam biasa la pembaca sekalian
aku bagi trailer movie ni..sorry sebab panjang sangat aku taip
kalau boleh tekan la button biru dekat atas sebelah kanan artikel ini untuk share dekat wall FB korang ehh
thanks geng…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

2 Comments