/* cpalead punya ni */

Archive for category Suka-suka

S.E.M.A.L.A.M Telah Berlalu…

akhirnye..
E.S.O.K seperti semalam telah berlalu…
ada apa dengan semalam?
hah..baca lah last post sebelum
post nih..

awal aku bangun..
haha..pukul 6 tadi aku dah bangun
dah..aku mengalami mimpi ngeri
yang sangat aku takutkan..
bukan mimpi hantu ye..
tapi mimpi KEHILANGAN
dan aku takut benda tuh berlaku
walaupun ia pasti berlaku..
wah..dah macam housemate aku punye ayat pun ada

hah..cakap pasal housemate..
haha..aku menang pagi nih..
semalam orang tua tuh nak berebut dengan aku
nak basuh baju dulu..
hah..silap besar la kau berebut dengan aku
dah kata aku selalu basuh baju selepas subuh..
komfom2 lah aku menang..
sekarang mesin basuh 2 tengah basuh baju aku..
lepas sidai baju..aku nak sambung tidor..

hah..sambung cerita dekat perenggan satu tadi..
semalam semuanya telah berjalan lancar..
presentation final projek 100% telah siap..
dan lancar..
tinggal report final projek je kena betulkan sikit-sikit..
its ok..
semalam kedua-dua pensyarah
datang awal dekat booth aku..
pukul 10 pagi dah datang dah..
hah untungnya..
leganya..semalam memang aku lega sangat2..
kepala aku dah FREE from final projek..
haha..lepas presentation semalam..
malam tadi aku ngn housemate serta 3 orang classmate
aku pergi taluk intan tengok wayang
dekat BIG CINEMA teluk intan.

semalam cerita IRON MAN 2
kami tengok..memang seronok..
haha..semalam aku belajar sesuatu..
aku belajar cara orang teluk intan tengok wayang
untuk pertama kalinya..
semalam masa kami sedang khusyuk tengok wayang..
haha..suasana dalam wayang tuh xmacam orang sedang tengok wayang..
malas la nak cite kat sini..
haha..
xpela..janji semalam aku dapat tengok wayang..
hari nih nak tengok IP MAN 2 plak
hehe..xsabar ni pun..

adoi..panjang sudah aku menaip..
ntah la ada orang baca atau tidak
blog aku nih..
janji ini tempat aku bercerita sudahla..
haha…

Share/Save/Bookmark

4 Comments

ESOK adalah Harinya…wish me luck

E.S.O.K
bile itu esok?
ada apa dengan esok?
kenapa aku xsabar melepasi hari esok?

esok yang dimaksudkan adalah 04/05/2010

esok adalah hari presentation
final projek aku..iaitu
Sistem Aduan Kerosakan Komputer Berasaskan Intranet

sebab esok adalah hari besar bagi aku..
selepas selesai presentation je..
aku rasa sangat2 lega..
walaupun cabaran seterusnya lebih besar dan mencabar
esok adalah hari besar bagi aku

selesai je esok..
aku nak tengok wayang IP MAN 2..
selesai je lusa..
aku nak tengok wayang IRON MAN 2..
tengok dekat mana?
tengok dekat teluk intan..
aku xsabar menanti hari esok..

Ya Allah ya tuhanku..
kau lancarkanlah hari esok
penulis blog ini..amin..

Share/Save/Bookmark

No Comments

kelas linux hari ni..BORING

lama xupdate..
lama xde cuti..
andaikata student ada gaji..
komfom gaji aku 2-3k bulan ni..
sebab sebulan xda cuti..
pagi-petang kelas..
petang ke malam wat kerja
final projek(buat la sangat)

memang penat..
aku hanya berharap
pada hari rabu malam khamis aje
sebab khamis kelas pukul 11.15..
andai kate kelas khamis macam
minggu lepas..
dapat jugak tidor cukup2 makan..

ni cite lain plak..
semalam aku beli wifi booster
untuk azmi..
nanti dah dapat leh la main
internet memanjang..
aku pun leh try dulu sebelum beli..

ni cite lain plak..
final projek
semester 6 utk sem ni
yakni sessi januari 2010
sangat singkat masa
yang diberikan berbanding
senior2 semester lepas..
aku pun xpaham la dengan poli ni..
hah..kepada orang2
diluar sana yg nak sambung ke poli aku ni..
baik fikir dua kali sebelum melangkah kaki ke sini..
pandai2 korang la wat kajian ke atas kelemahan ipta aku ni

ni citer lain plak..
citernya aku sampai sini ajela
update blog aku

Share/Save/Bookmark

No Comments

Hari Apa Aku Cuti

mulai minggu ni kelas linux akan
berlangsung seperti biasa
mulai sabtu dan ahad ni..
so ada lagi 8 kali kelas linux..
kelas linux hanya dijalankan
pada hari sabtu dan ahad..

tambah pula dengan peraturan jabatan
aku yang “BIJAKSANA”
iaitu JTMK..
apa itu JTMK??
aku pun tak tau..
telah buat peraturan baru
iaitu student IT sem 6
WAJIB hadir kelas FINAL PROJEK
disebabkan kes apa ntah..

dekat bawah ni adalah jadual kelas
aku iaitu DIP 6B..

kelas hari isnin
pukul 8 pagi sampai pukul 10 pagi
pukul 11 pagi sampai pukul 1 tengahari
pukul 2.15 petang sampai pukul 5.15 petang

kelas hari selasa
pukul 10 pagi sampai 12 tengahari
pukul 2.15 petang sampai pukul 5.15 petang

kelas hari rabu
pukul 8 pagi sampai 10 pagi
pukul 12.15 tengahari sampai 1.15 tengahari
pukul 2.15 petang sampai 4.15 petang

kelas hari khamis
pukul 11 pagi sampai 1.15 tengahari
pukul 2.15 petang sampai 5.15 petang

kelas hari jumaat
pukul 10.15 pagi sampai 12.15 tenghari
pukul 3.15 petang sampai 5.15 petang

kelas hari sabtu (Kelas Linux)
pukul 9 pagi sampai 5 petang

kelas hari ahad (Kelas Linux)
pukul 9 pagi sampai 5 petang

agak-agak korang..hari apa aku cuti?
so secara logik akalnya..
kelas linux akan ada 8 kali
bersamaan 8 hari..
sekali lagi aku ulang..
kelas linux hanya dijalankan
pada sabtu dan ahad sahaja
8 kali dibahagi dua (sabtu dan ahad)
bersamaan 4..so ada 4 minggu sabtu ahad
kelas linux..
4 minggu bersamaan 1 bulan..
so selama 1 bulan..aku tak ada cuti..
kelas linux akan berakhir pada 18 April 2010..
selepas tarikh itulah baru aku akan ada cuti
haha..inilah bagusnya poli aku..
nasihat aku..fikir dua kali sebelum melangkah
ke sini..

Share/Save/Bookmark

2 Comments

Hari Rabu..

apa nak cite nih entah
pasal test aje lah kot..
ari nih ari rabu..
esok ujian 1 Network Security..
aku tengah study ni..
dah tu je aku nak update.

Share/Save/Bookmark

No Comments

Boring di PSIS

boring..boring..boring..
itulah yang aku boleh nyatakan
dekat sini..
dah empat hari
kami bebudak it sem 6 dekat
psis bersendirian..
bagi aku agak seronok
sebab petang-petang bila
bersukan xda orang nak
main dah selain kitorg..

ape lagi aku nak story ni..
hah..tadi aku baru bunuh anak lipan..
masuk anak lipan ni..
dah 3 ekor lipan
mati di tangan aku dalam masa dua bulan..

lagi apa aku nak story ni..
aku xtaw..ok la..janji aku update
blog aku ni

Share/Save/Bookmark

No Comments

Disebalik Kursus 1 minggu

boringnya tahap ayam..
tersebutlah kisah…
di mana 5 pahlawan wak tasirin..
hang mike, hang fiq, hang buyung, hang syahir dan hang adie..
kelima-lima hang ni keseorangan lah dekat rumah
sewa wak tasirin..

kisahnya…
esok bermula cuti sekolah dan cuti politeknik..
kami DIP 6A dan 6B adalah pelajar pelajar
yang sangat bertuah kerana diberi tugasan
menjaga poli selama satu minggu.

dalam satu minggu itu juga kami
perlu pergi kursus apa ntah dekat poli..
disebabkan itu juga,
kami semua terpaksa menjaga
keamanan politeknik yang tercinta ini..

oh politeknik sultan idris shah ku..

apa-apa ajelah..janji blog update

Share/Save/Bookmark

No Comments

Dapat update sekejap

at last…
dapat jugak aku update blog aku ni
haha..nak update apa eh??
ntah la..aku pun xtaw..
hah..
aku nak ucapkan terima kasih dekat ptptn
sebab dah masukkan duit pinjaman aku..

dapat jugak aku bayar hutang member aku
haha…
thanks ptptn..
lagi aku nak update ape eh..
xtawu la nak update ape..

ok la..sampai sini ajelah aku celoteh..

Share/Save/Bookmark

No Comments

T90 SHT III L-IC

t90-sht-iii-l-ic-copy2

huhu…
akhirnya aku dah beli jugak
sepasang kasut futsal
yang aku boleh pakai
dalam 1 tempoh yang lama

okkeh..kasut ni aku beli
dekat Al-Ikhsan Taman Dagang Ampang
sane..
mule mule aku pegi Al-ikhsan kat
Wangsa Maju..tapi Kasut dekat situ
xada saiz aku..

kaki aku saiz 7..yang ada dekat
sana saiz 6 dan 6.5..so aku
pun beredar daripada kedai 2..
aku pergi pulak dekat Al-ikhsan
Ampang Point..
sekali Branch Al-ikhsan kat situ
dah tutup plak..
mana menghilang ntah Al-ikhsan tu pun
aku xtaw..
aku terus pergi Al-ikhsan Taman Dagang tuh..
aku terus capai kasut yang aku nak beli tuh..
minta saiz 7 dengan brader kat situ..
lepas tuh
die terus amek..
aku try dulu..lepas tu
aku belek belek kasut tu dulu
takut2 ada koyak ke apa ke..
lepas belek..aku amek je kasut tuh..
RM199..haha..mahal..tapi berbaloi..

sebelum ni ada ada beli kasut RM35
dekat carefour wangsa maju..
aku pakai sebulan je dah jahanam..
lepas tuh aku beli plak kasut
dekat Parit Baru RM20..pakai seminggu je dah jahanam..
disebabkan aku dah xde kasut..
keinginan aku nak main futsal pun
membuak-buak..aku beli lagi sepasang kasut
yg sama dekat Parit Baru..
RM20 jugak..
kasut 2 aku baru pakai sekali..
haha..dan kasut 2 elok lagi..
minggu lepas aku beli kasut tuh..

orang pun tanya aku jugak..
nape xbeli yg mahal terus..
aku xde duit nak beli yg mahal terus..
semester ni aku memang sengkek gile..
kering..ptptn aku xmasuk lagi..
internet kat rumah sewa pun xda..
so xdpt la nak buat duit..

tension aku semester ni..
hah..disebabkan internet xda jugaklah
aku terpaksa beli buku RM121.50
untuk rujukan final projek aku..
so buat masa ni aku banyak bergantung
daripada PAMA dan sumber topup aku..
itu pun dah semakin sikit aku dapat..
xtawu kenapa..
so PAMA je la banyak aku bgantung..
okkey lah..
aku pun japg nak balik poli dah..
dah pukul 1400 jap lagi..
ntah bile aku nak update blog aku ni lagi..

Share/Save/Bookmark

No Comments

Dugaan Semester Akhir Sebagai Seorang Student IT

mana aku nak cari sumber bahan..sumber wang..
xdapat nafikan semester ni aku byk bgantung
dgn pinjaman PAMA..PTPTN aku xmasuk lagi..
sebab aku xpaham dengan PTPTN punye flow..
nak kena tandatgn surat plak..
selagi xtanda tangan surat tuh..
pinjaman xmasuk..surat 2 dah hantar lama dah kat aku..
aku dah tanda tangan surat 2 dan dah
hantar pun ke PTPTN..tapi lambat hantar
dari due date sepatutnya..
sepatutnye surat tu hantar sebelum 31 Dis 2009
but then aku hantar lambat..
selepas 31 Dis 2009..
memang salah aku hantar lambat
tapi aku xpaham
apsal die xbagi je surat 2 mase aku
mule2 dpt pinjaman dulu..maksud aku..
masa aku semester 2 dulu..
ni semester akhir baru nak bagi..
hampa dah besaq hampa pikiaq la sendiri..
duit banyak nak pakai ooiii

okkeh..tutup cite PTPTN tuh..
cite pasal final projek aku..
semester ni aku teammate aku
akan bangunkan satu sistem..iaitu
sistem aduan kerosakan komputer berasaskan intranet..
masalah bg kami nak bangunkan sistem ni adalah..
internet xada..nak bangunkan macam mane..
tidurkan adelah…
so nak xnak..aku terpaksa melaburkan RM121.50
untuk membeli sebuah buku sebagai rujukan..
apakan daya..aku sebenarnya xsuke beli buku
sebagai sumber rujukan aku..
tapi aku terpaksa sebab internet xda..
huhu..so memang banyak duit keluaq..

harap2 dapatla pasang streamyx
dekat rumah sewa aku tuh nanti..amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

No Comments