/* cpalead punya ni */

Archive for category Suka-suka

Azam tahun 2012

lama gila tak update blog
anyway, aku taknak ketinggalan jugak untuk
ucapkan selamat tahun baru 2012
ada ke yang baca blog ni

lantak ler ada ke tak
janji aku nak update jugak
apa benda nak ceritakan ni
ok januari 1, 2012

tahun barukan
orang sibuk tanya
“apa azam baru kau”
azam tahun baru aku adalah:

sebelum tu tahun 2011
adalah tahun best
sebab banyak benda aku dapat
capai tahun ni

malasla nak taip
nak simple2 je article kali ni
ok, tahun 2012 azam aku
nak majukan bisnes aku sendiri

bisnes percetakan ada rezeki dapatla bukak kedai nanti
dan internet marketing pulak
aku nak maintain income setiap bulan
at least $3000………..dan pasif

boleh ke? insyaAllah boleh
amin boleh..mesti boleh
yakin boleh

dan tiada lagi clickbank income
statement untuk 2012 ni dekat blog aku
bukan apa.. aku pernah mengalami
zaman kejatuhan income clickbank

dan yes skrg aku dah naik balik
cuma tak nak tunjuk.. alhamdulillah
kalau nak belajar just contact je aku dr blog ni
atau reply je kat sini, aku boleh ajar mana yang mampu

CHOW!!!

Share/Save/Bookmark

No Comments

Mind Block

mak ai, 3 minggu x update blog
terlupa plak aku ada blog
huhu. anyway nak mencatit ape ni?
Mind Block

dalam bahasa melayu bakunya
Blok minda
aku x pandai sangat nak menceritakan
dari mane datang tajuk ni?

pasal benda ni wujud dalam minda aku
adoi. susah aku nak buat sesuatu kerja
kalau mind block ni ada.
contohnya la kan

macam aku main parkour
katekanlah aku nak buat flipping
tetiba pale otak berkata
“ish.. kang ko jatuh patah tangan kang”

padahal aku yakin aku boleh buat
faham tak faham tak? tak faham?
contoh kedua aku bagi
situasi nak mintak no fon awek

1 petang yang aman di taman KDE Ampang
korang sedang berjogging sorang2
sekali ada awek pun jogging sorang2
korang nak mintak no fon die
tapi kepala otak korang berkata
“aiseh, kang die x bagi kang malu besar aku”

jadi, disebabkan pemikiran macam tuh
semua benda yang nak buat terus terbantut
jadi macam mana nak atasi benda ni eh?
entahla, macam2 cara aku rasa

cara2 aku nak atasi mind block ni
bergantung pada situasi jugak
salah satunya FOKUS
kadang kadang susah jugak nak fokus

jadi kalau aku susah nak fokus
aku akan pejam mata
tarik nafas dan hembus
dalam kepala jgn fikir apa2
buat antara 2-3 minit
atau kata saintifiknya ber- meditasi -lah
lepas tuh fokus

lepas tuh aku terus boleh buat
atau kata saintifiknya aku dapat
lepasi mind block aku ni
mind control everything

minda kita jugaklah boleh
menentukan kita berjaya atau tidak
banyak tips aku baca dari blog
kak rina ni pasal minda manusia

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , ,

No Comments

Kuasa Minda

Kuasa Minda.
haha, sebenarnya benda ni bukan
kepakaran aku pun untuk aku
bercerita tentang Kuasa Minda nih.
tapi aku berminat jugaklah dengan
perkara-perkara macam ni.

jadi, disebabkan aku minat
aku pun ada jugak la baca
artikel-artikel dekat blog-blog
yang ada menceritakan perkara-perkara ini.

okay, macam nih.
dalam hidup korang,
dari korang kecik
sampailah korang dah besar
gedabak sekarang nih
pernah tak korang
menginginkan sesuatu lepas tuh
keinginan korang itu dimakbulkan.

secara ringkasnya dekat sini
korang inginkan sesuatu.
dekat situ sahaja minda korang
dah set inginkan benda tuh.
jadi, keinginan korang
itu meluap-luap macam
air panas yang mendidih dalam
cerek yang panas
lepas itu, secara tidak langsung
atau pun secara korang tidak sedar
korang berusaha untuk mendapatkan benda tuh
jadi, dekat sinilah dipanggil Kuasa Minda.

faham tak? tak faham
baca lagi banyak kali
sampai faham.

ok, umpama macam lampu ajaib aladinlah
gosok-gosok lampu. keluar jin
yang boleh tunaikan permintaan atau keinginan korang
okkey. aku bukan nak jual lampu aladin tau
cuba ingin ceritakan apa yang ada dalam
kepala otak aku nih je.

contoh aku bagi,
pernah tak korang nak pakai iphone?
atau apa-apa jelah nak pakai mazda rx-8 ke
nak dapat awek cun ke balak hansem ke nak jadi kaya ke.
dengan keinginan nak
iphone | mazda rx-8 | awek cun | balak hansem | kaya
dan perkara-perkara lain lagi
korang akan usaha mendapatkannya. contoh nak iphone
korang akan usaha dapatkan iphone dalam apa cara
sekalipun, sama ada simpan duit sendiri, mintak daripada
PAMA (PAPA dan MAMA) pinjam dekat member, gadai barang korang
curi duit orang dan macam-macam lagi cara korang gunakan
untuk dapatkan iphone nih.
tiba-tiba esok lusa duit dah cukup
jadi awak pun pergilah kedai handphone
untuk beli iphone tuh.

lagi 1, ada member aku nih.
dia nak jadi jutawan dalam masa 5 tahun akan datang
jadi dia pun buatlah bisnes, siap ajak aku join bisnes
dia sekali hah. komfom Multi Level Marketing.
kiranya dia dah setkan minda dia nak jadi jutawan.
sekarang dia sedang berusaha nak jadi jutawan
dengan join MLM. tak mustahil lagi 5 tahun
dia akan jadi jutawan.

sekian saja lah cerita aku nih.
okay, kepada otai-otai bidang kuasa minda nih
kalau saya salah, maafkanlah saya ya.
ini adalah artikel pertama
saya berkenaan kuasa minda.

Share/Save/Bookmark

Tags: ,

No Comments

AdieKhairie.com akan dibangunkan

okkeh…
post kali tak tau berkisah apa
cuma aku nak kisahkan
aku dah balik kl pada ari jumaat lepas
lepas tuh malam ni
aku ada futsal
lawan dengan team acap

siap-siap la ko acap..
aku nak ole kan ko kali ni
menang kalah aku xpeduli..
celah kangkang ko tu la tiang gol sebenar aku
hahaha…(aku suke api2 kan orang dalam futsal ni)

lagi ape eh..
all right..
blog baru dah nak keluar dah..
adiekhairie
atas nama aku sendiri
baru best..
blog ni niche berkenaan
perniagaan internet 100%
internet bisnes
sebenarnya aku nak develop blog ni
pada 9 september nanti..
sebab tarikh tu adalah besday aku..
tapi bila fikir balik..
time tuh internet takde dekat kampung
baik aku buat sekarang..
anyway..terima kasih dekat
jomhosting sebab bagi tawaran yang menarik

blog ni tiada lagi kaitan
internet bisnes
blog ni cuma kisah personal aku
iphone 4 (akan datang)
parkour
movie review

haha..
itu saje kot entry blog kali ni..
thanks for watching…sorry ni bukan youtube
thanks for reading..

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , ,

2 Comments

Aku Budak UTeM

lame x update blog nih..
ok 1st sekali aku nak bagitau..
Iphone aku dah dijual dekat
seorang student mane ntah belajar
dekat bukit jalil katenya..

minggu ni dah bermula kelas
aku yang sebenar sebagai seorang
student UTeM..
kenapa sebenar???
sebab 1st week aku daftar isnin - selasa
selasa petang balik tengok ayah aku kat hospital..
hari ahad baru aku pulang ke melaka..

2nd week aku belajar hari isnin je..
malam tuh aku pulang ke rumah KL
sebab selasa tiada kelas..
rabu plak cuti puasa dekat melaka..
belajar pada hari khamis dan jumaat je..

3rd week..hari isnin lepas sampai lah hari
nih selasa.. agak kelam kabut sikit
sebab aku kena masuk semula kelas
Matematik yang mane subjek paling aku
lemah
lepas tuh jumpe penyelia untuk bengkel 1 aku..
bagi aku penyelia aku nih
cerewet dan suka senyum sindir overall bagi aku
die berlagak..erghh..

aku nak kena fikir tajuk baru pulak untuk bengkel
nih..
FYI bengkel 1 ni lebih kurang macam final projek
semester 6 masa aku diploma dulu..
rabu nak kena hantar proposal
susah betul direct entry last minute nih..

bebaru nih aku lalu dekat dataran ape ntah
depan McD bersebelahan taman buaya tuh..
aku nampak 1 spot parkour..
wowww…macam best..
kasut plak x bawak..
aisehh..tempat nih macam dekat setiawangsa jugak
tapi besar siiikiit je dari setiawangsa tuh..
dan aku rasa untuk buat presicion dekat situ
hahaha…macam susah pulak sebab jauh..
xpe..aku akan try pergi sane jugak nanti..

okkeh..malam ni harus aku siapkan
proposal aku..memang xtidor la kot..
esok nak hantar proposal dekat cik itu
dan harap die x cerewet lagi..amin

lepas tuh aku cuma ada 2 hari je nak
siapkan kerja2 kelas animasi komputer
menggunakan software maya 2010..
ammek ko..haram x ada basic..
5 lab amali ko nak kena hantar..
2 assignment kot nak kena hantar..
erghhh “lagi”..

Share/Save/Bookmark

Tags: , ,

No Comments

Hari Pertama Aku Dekat UTeM

hari ni (09/08/2010)
kira 1st day kelas aku kot..
pukul 0800 kelas matematik..
aku bangun tidor tadi pukul 7.30
ouch..dah terlambat…
dalam hati aku dah terfikir
mesti pensyarah tuh tanya aku
aku ni superb senior ke 1st day je nak masuk lewat..
lalu aku mandi..
dan terus gerak pergi kelas..
pukul 0815 baru sampai fakulti..
parking kete..cari kelas
Artificial Intelligence 1 (AI1)
pukul 0830 baru jumpe..
lalu aku ketuk pintu dan bukak pintu..
alangkah hancur hatiku apabila
pintu kelas tersebut berkunci…
adoi…
aku pun pegi la lepak sebelah pejabat
tengok balik jadual..
tolong student database buat jadual die..
lepas tuh aku pergi bilik
pensyarah yg ajar aku matematik tuh..
die pulak xde kat bilik..
adoi lagi…
pegi balik AI1..
tetap sama jugak..
aku pun lepak tempat biasa dekat bawah
fakulti..lepak dengan mike dan za8da..
lepas tuh kelas pukul 1100..
bermulalah pengembaraan aku dengan syahir
mencari kelas PBPI BK2..
mamat nih konfident je kelas tuh
dekat bangunan FTMK..
rupenye2 kelas tuh dekat bangunan sebelah FTMK..
aku pun pergilah sane dengan syahir..
masuk kelas lambat..1130…
nasib baik pensyarah tuh xmarah..
ni kelas ape nih…pemikiran kritis dan kreatif..
lantakla..janji aku belajar..
yang kelakarnya..
pensyarah ni tanya..beruk betina boleh period x?
hahahahahaha….die kate nasib baik beruk xda otak..
kalau tidak..mesti laku pampers perempuan dekat kedai..
adoiyai..tergelak aku..ilang ngantuk aku hah..
tapi setengah jam sebelum kelas abes..
mati2 aku lawan dengan rasa mengantuk aku..
akhirnya…tertewas jugak aku..tido jugak dlm kelas..
nasib baik pensyarah xmarah..
abes kelas…p solat n lepak dekat tempat biasa..
lepas tuh p kelas animasi media pulak..
kelas nih best..tapi aku ngn syahir dah banyak ketinggalan..
so terpinga2 jugak la nak buat pintu rumah 3D tadi..
abes kelas lagi..call mak tanya matapelajaran ape
yang aku daftar pasal aku terlupa bawak..
nasib baik aku drop teknologi audio video digital
kalau tidak..esok aku ade kelas pukul 0900 (10/08/2010)
petang pun aku xda kelas..
malam je ade kelas bi..adoi..ni semua muet band 2..
xpela..janji aku ade geng esok..
balik rumah dekat emerald park..
rehat..solat asar..baring..
termenung..fikir pasal motor dan kereta..
last2 aku wat keputusan balik hari ni jugak..
esok datang balik..
so aku balik la kl..
aku stop dekat kawasan rehat seremban..
tidor kejap pasal masa drive tuh aku ngantuk..
terhuyung hayang bawak kete..
lepas tidor 10-20 minit..sambung perjalanan
balik kuala lumpur..
abes dah cerita hari nih..

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , ,

2 Comments

Abah, Along Doakan Kesihatan Abah

huhu..malam ni aku sukar tidor
memikirkan keadaan ayah aku
kat hospital ampang puteri tuh..
kisahnya berlaku…

pada pagi semalam
tarikhnya 29/07/2010
lepas je aku balik dari opis
dekat diamond square gombak..
aku masuk rumah..
tgk mak aku tengah urut kaki ayah aku..
sambil tuh mak aku kate muke ayah aku pucat..
dalam pukul 11 lebih..
ayah aku masuk bilik tidor..
selang beberapa minit lepas tuh..
mak aku pulak masuk bilik tidor..
setengah jam lepas tuh..
ayah aku keluar dr bilik sambil batuk2
macam nak muntah tapi xmuntah..
time tuh aku tengah online FB..
lepas tuh ayah aku call ING insuran
kate nak p hospital ampang puteri..
aku pun siap2 la bwk ayah aku..bertemankan mak aku..
ayah aku masuk wat rawatan..
lepas tuh die kene pakai topeng oksigen..
time tuh die masih elok lagi..

doktor dah wat xray..tengok keadaan peparu
die..doktor kate terok..
pasal warna putih banyak dekat peparu die..
doktor plak marah sebab datang lewat malam
facility kurang waktu malam..
kami faham..tp nak wat camane..
sakit tuh nk datang malam..
lepas beberapa lame tuh..
keadaan ayah aku mule teruk sikit
die susah nak nafas..
pakai topeng pun still xmembantu sangat
die dimasukkan ke wad ICU
doktor minta kami menunggu dekat ruang menunggu
aku dengan mak aku tunggu la..
lepas tuh doktor panggil masuk semula..
keadaan die makin teruk..
die nak bernafas susah..
sampai tercungap2..
time tuh..
aku dengan mak aku je..
Ya Allah..kuat sungguh ujianmu kepada kami..
aku dengan mak aku sedih dan menangis
tengok keadaan ayah aku..
kami suruh die mengucap sebelum die
dibius..doktor nak gune mesin yg boleh bantu die bernafas..
lepas tuh..kami tunggu kat luar..
lepas setengah jam gitu..
doktor panggil masuk balik..
die dah dalam keadaan xsedar..
dan doktor kate die masih xstabil
sebab ade nombor tuh..nombor tuh normal 100
tp keadaan ayah aku..73-76..so doktor kate
keadaan xberapa normal..
doktor takut die kene H1N1 je..
doktor kate kami boleh balik dulu..
so kami balik dulu..

bile datang balik tadi..
ayah aku dalam keadaan xsedar.
tapi nombor tuh dah normal..dalam keadaan 100
alhamdulillah..
dan doktor sahkan die xde H1N1..alhamdulillah lagi
pastuh tadi doktor kate..
die ada masalah jantung, buah pinggang dan peparu berair..
uish..xsanggup aku nak dengar tuh..
so malam tadi kul 12 mlm baru aku balik rumah..
esok nak p semula..
along doakan abah sihat semula macam biasa..amin.

Share/Save/Bookmark

2 Comments

Aku Nak Jual Iphone 3g 16gb Aku

lama gak xupdate blog..
okay..nak mencarut ape nih..
ape2 je lah..
1st…aku dah lame xtgk wayang..
last tgk wayang ari isnin 21/06/10
yang lepas..tengok 3 movie sekali gus..
aku tengok The A-Team, Lagenda Budak Setan
dengan Toy Story 3..
hahaha…1st time tengok 3 movies..

okkeh..next story..
aku nak ucapkan terima kasih bebanyak
dekat Lokman aku sebab ajar aku
buat blog dan jual dalam flippa
serius aku cakap..ko memang xkedekut ilmu bro..
agaknya kalau ko buat Personal Coaching
ko boleh cas woo dekat orang..
tp ko xcas pun dekat aku..
akhirnya blog kucing tuh
aku dpt jual RM50…eh silap plak..
USD50..

sekarang aku nak wat blog
anjing plak..
aku ingat blog anjing nih aku nak
peram dulu kot baru jual..
mintak2 dapat banyak..
ade rezeki nanti aku blanje la member2
aku tuh..

next story..
bebaru ni member aku call..
kate rayuan masuk UTeM
tuh mungkin boleh dapat..
so kalau ade rezeki aku
aku jadi pelajar UTeM plak lepas nih..
lagi best sebab kos multimedia..
mintak2 ade web design..
aminn..
tapi yang x bestnya..
xdapat nak kerja..xdapat nak cari duit..
xdapat Xbox360..
xdapat flash gun SB-600 @ SB-800 @ nissin Di622
xdapat beli lens untuk D80 aku
xdapat Komputer..eh..komputer dapat kot..

aku plan nak jual iphone 3g aku nih
pada harga RM1400..
Iphone 3g murah
lebih kurang macam nih la..
WTS Iphone 3g 16gb
black color..
mahal ke? murah kot..
sebab aku tgk mejoriti orang jual
Iphone 3g 8gb RM1400
so mane berbaloi?
hah..kalau ade yg nak tuh..
silalah tinggalkan comment
atau hubungi aku je melalui
Contact Me..

lagi nak story ape nih..
ari ni ari rabu
semalam aku makan nasi kerabu..
aku ingat nak tengok wayang kot hari nih..
cerita ape..xtaw lagi..
nanti aku post la dekat blog nih review
movie yg aku nak tengok tuh..
semenjak aku wat blog kucing ari tuh
aku belajar tentang keyword..
so dalam nih ade la sikit aku letak keyword..
setahun lebih wat blog baru ko nak gune ke adie?
ketinggalan zaman betul..
ok la kot sampai sini sahajalah
carutan aku..

Share/Save/Bookmark

Tags:

No Comments

Merdeka Sudah Dekat PSIS

akhirnye..
aku dah berjaya habiskan
pengajian aku dekat
PSIS nih..
2tahun setengah dekat sabak bernam
lagi 6 bulan praktikal dekat KL

banyak jugaklah kenangan suka duka aku
dekat sini..
tadi last paper php..
alhamdulillah aku leh jawab jugak la tadi..
ada sikit2 la blur ayam..

lepas habes tadi ade perjumpaan
dengan penyelia akademik.
tengok kawan-kawan aku
menangis nangis mendayu2..
hahaha
maklumlah..sedih..lepas nih
susah nak jumpa dah..

perasaan aku plak…
hehehe..
entahla..sebab jujur aku cakap
kenangan aku xberapa banyak dengan
budak2 kelas aku..
especially kanak-kanak perempuan kelas aku..
so macam robot plak aku tadi..
macam xde perasaan..

dekat rumah plak..
member aku syahir
dah balik melaka..
sedih jugak la tadi..
2tahun setengah member dengan die..

so aku pulak..bile balik kl?
entah lah…
single rider kot..
eh silap..single driver kot..
so aku leh plan bebila aku nak balik..
maybe esok 27-may-2010
atau lusa 28-may-2010..
haha..aku jer la yang tentukan..

dekat sini aku nak buat ucapan dekat
kawan-kawan sepoli aku..
xtawulah korang tawu ke tidak kewujudan
blog aku nih..
kepada yang kenal aku..
sekiranya ada salah dan silap..
aku minta maaf banyak2 dari hujung rambut
sampai hujung kaki..
mane yang pernah belanja aku..
halalkan lah ape yang korang belanja tuh..
sekian sahaja lah..

Share/Save/Bookmark

No Comments

Dia Pergi Selama-lamanya

tiada lagi gigitan dari die..
tiada lagi pelukan untuk die..
tiada lagi ciuman untuk die..
tiada lagi belaian dengan die..
tiada lagi penyambut aku depan pintu rumah..
tiada lagi die dalam hidupku..

sungguh aku sedih dengan pemergianmu..
sungguh aku sunyi dengan ketiadaanmu..

kau peneman hidupku selama enam tahun..
kau penyeri hidupku selama enam tahun..

tidak sempat aku memelukmu..
tidak sempat aku menciummu..
tidak sempat aku bermanja denganmu..
tidak sempat aku membelai seluruh dirimu..

huhu..
agak poyo jugak ayat dekat atas
nih..tapi ni semua luahan dari hati aku..
ni bukan kisah ape pun..
ni kisah kucing aku..
yang dah meninggalkan
aku dan keluarga aku pada 9 May 2010
yang lalu..
enam tahun kucing nih kami jaga..
semenjak 5 februay 2004..
die mati akibat usus pecah
mungkin tercucuk tulang ikan or something
nama die yeng..
jantan..
berat die 10kg..
huhu..
aku masih lagi bersedih dengan pemergian die..
gambar dekat bawah ni
adalah gambar terakhir yang
aku terima dari mak aku masa die
dah mati dekat klinik haiwan
jalan ipoh tu..
laki dalam gambar tuh adik aku

yeng (5 February 2004 - 9 May 2010)

getfile1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

No Comments