/* cpalead punya ni */

Archive for category Hiburan Blog-Adie

Transformers: Dark Of The Moon Review

Transformers: Dark Of The Moon
best rasanya apabila dapat tgk movie ni
lebih awal.

ok kali ni cerita ni bermula
pada waktu peperangan dekat cybertron
ada sebuah kapal autobot sempat melarikan
diri keluar dari planet

tapi belum sempat keluar habis dari cybertron
kapal tu sempat ditembak oleh decepticon
akibatnya kapal tu terhempas dekat bulan
yang dekat bumi sana

jadi, pada masa kapal tu terhempas dekat bulan
yakni tahun 1961, pihak NASA dapat detect
jadi dekat situ la diorang hantarkan Apollo 11
ala, yg kisah neil amstrong orang pertama menjejak kaki ke bulan tahun 1969

kononnya dalam cerita ni,
misi rahsia diorang adalah siasat kejadian
kapal autobot yg terhempas tu
jadi neil dan kawan dia terkejut beruk la tgk kapal besar

kembali ke tahun sekarang 2011
optimus dan kawan2 ada misi dekat rusia kot tak silap aku
sebab dekat sana ada decepticon yg sebenarnya mengumpan
optimus dan kawan2.

balik dari misi tu, diorang bawak balik teras milik sentinel prime yang
diambil dari kapal autobot yg terhempas dekat bulan tu
jadi optimus dan kawan2 kali ni terbang ke bulan plak
untuk bawak balik barang2 yg lain dan cikgu dia yakni sentinel prime

sentinel prime yang berada dalam keadaan lemah
dan tak sedarkan diri, jadi lepas bawak balik mereka ke
bumi. sentinel prime diaktifkan semula oleh
matrix yg ada dekat optimus

tapi sentinel mengkhianati geng sendiri
pada masa ni ada lah 1 geng kuat optimus mati
jadi sentinel mengkhianat sebab cuba nak kembalikan cybertron
dengan cara join decepticon dan kumpul semua teras2 yg ada utk kembalikan cybertron

pada waktu tu jugak geng2 autobot dihalau oleh pihak manusia
supaya keluar dari bumi.
tapi masa penerbangan mereka keluar ke bumi
kapal diorang ditembak oleh starscream

matilah semua geng autobot
jadi decepticon berleluasa, diorang conquer
chicago buat kubu dekat situ
tapi sam dan beberapa geng lain

berjaya masuk chicago untuk selamatkan
awek dia iaitu carly.
lepas selamatkan carly tiba2 optimus dengan kawan2
datang membantu

jadi dekat sinilah peperangan bermula
dah la, malas nak taip lagi dah..
nak dekat ending cerita habis karang tak best plak
korang tgk wayang.

jangan lupa klik “SHARE” button dekat atas tu ye.
share la dekat wall korang

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , ,

4 Comments

KL Gangster Review

lamo aku tak update pasal
movie kat sini kan…
actually dah banyak movie aku tengok
tapi rasa malas plak tangan ni nak menaip
panjang2..
pada malam yg mulia ini..
aku merajinkan jari aku untuk menaip

okey.. cerita kl gangster
aku tengok tadi dekat mid valley..
cerita start pukul berapa ntah..
sebabaku rasa aku masuk lambat tadi
lewat 15-20 minit gitu..
masuk je dah babab fadhil(zizan) tumpangkan
aaron aziz dekat rumah die

ok cerita ni pasal malek (aaron aziz)
baru keluar penjara dan nak insaf daripada jadi gangster
tapi gangster2 lain yg dapat tau malek keluar
dari penjara mula cucuk2 malek agar join mereka
sebab malek ni kuat
datang la shark(shamsul yusuf | watak jahat) utk ajak
malek jadi kuli dia sebab shark nak pegang KL
tapi malek taknak lepas tu datang plak king(bapak segala gangster)
untuk ajak malek join semula team die.. tapi dia
faham malek tak nak join..

jadi untuk terus menguasai KL ni
shark pergi tarik adik kandung malek jai(adi putra)
dari kumpulan dragon(kori)
jadi tugasan pertama jai adalah tapau ajib(sofi jikan)
dari kumpulan dragon, kiranya bekas member sendiri
tapi diselamatkan oleh malek sebab malek dan ajib
kamceng maa..

shark plak pergi bunuh taiko besar kl yakni king
lepas tu pergi rumah malek sebab nak bunuh malek plak
tapi malek takde dekat rumah
lalu fadhil jadi mangsa terbunuh oleh shark tapi xsure mati ke tak mamat ni
jadinya malek pergi sendiri cari shark..
lepas tu korang pergi tengok sendiri sebab cerita nak dekat habis..

perghhh…lame tak bagi review movie
baru aku perasan style penulisan aku berbeza..

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , , ,

2 Comments

Thor Review

Thor Review
cerita ni sebenarnya
akan ditayangkan pada
28/04/2011 iaitu khamis ni

tapi aku dah pun tengok
cerita ni pagi tadi dekat wayang sana.
kira aku beruntung la jugak
dapat tengok awal

ok cerita ni pasal Thor
anak kepada raja Odin
yang bakal menjadi raja
tapi sayangnya tak sempa jadi raja

sebab pada hari di sepatutnya diumumkan
jadi raja, bandar Asgard dicerobohi
oleh Frost giants dari alam Jotunheim untuk mencuri
kembali harta milik mereka

jadi setelah bandar tu dicerobohi
thor dan kawan2 bertindak untuk
pergi ke Jotunheim untuk serang balik
tentera frost giant.

jadi dekat situ thor dan kawan2 diselamatkan oleh
ayah dia Odin sampai je ke Asgard Thor dimarahi
oleh odin sebab tidak bertindak seperti seorang raja
waktu tu thor marah gile sampai terlepas cakap

disebabkan itu ayah dia usir thor ke bumi dengan tukul Mjolnir skali
sampai kat bumi plak secara kebetulan ada sekumpulan
saintis tengah buat kajian pasal alam semesta terjumpa thor
jadi mereka pun nak wat kajian macam2 diorang tanya si thor ni

dan tukul Thor plak yakni Mjolnir
jatuh dekat kawasan berhampiran thor jatuh
melekat dengan begitu kuat sekali dekat tanah
ramai orang cuba tarik tukul tu keluar tapi tak berjaya

sampaikan orang kerajaan negara diorang tutup
kawasan tu untuk buat kajian berkenaan tukul tu
dan thor pun 2×5 jugak
tak berjaya tarik tukul besi dia sendiri

pada masa tu plak si Loki adik kepada thor dah jadi raja
sebab ayah mereka odin dah tua penat terbaring kat bilik
jadi loki pun pergi ke bumi sampaikan berita palsu kepada
thor bagitau ayah mereka dah mati

lepas tu kawan2 thor ni jumpa dgn raja baru mereka
supaya suruh bawak thor kembali ke asgard
tapi loki tak bagi, jadi mereka berempat bertindak
sendiri pergi ke bumi untuk cari thor

lepas tu loki pun hantar la penjaga harta Frost giant
pergi ke bumi hapuskan thor dan rakan2
sampai sane mereka pun bertarung la
sayang masa tu thor dah tak berkuasa lagi

sampai la dia nyaris mati tiba2 Mjolnir dia
datang sendiri dekat thor dan masa tu
thor kembali ada power lepas dia bunuh
penjaga harta frost giant tu die kembali

ke asgard untuk berdamai dengan adik dia
jadi bergaduh la dua beradik ni
dah nak abes dah cerita ni..
korang pergilah tengok sendiri dekat wayang khamis ni

cam biasa ler.. aku link kan thor punye trailer movie ni..
kalau boleh silalah share ke facebook anda ya..
tq

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , ,

No Comments

CUN! Review

CUN! Review
ok la.. cerita ni best dan kelakar
gile wooo.. cerita lebih kurang macam
cuti-cuti cinta

jalan cerita dia bermula
luna adalah pengacara tv program MELETOP
yang mana dalam program tu die cite gosip artis ajela
1 hari dia pergi rumah ryan iaitu boyfriend die

tapi terkantoi plak si ryan ni nak buat maksiat
dengan pompuan lain dekat rumah dia
lepas kantoi tu si luna tensen dan nak release tensen
dia balik kampung tom iaitu PA dia dekat kedah

balik je sane die tinggal dengan family tom
dalam family tom ada atan, manis, tok chah dgn budak kecik
apa nama ntah
jadi sepanjang masa dia tinggal dengan keluarga tom

die mula jatuh cinta dengan keluarga tom dan atan
dan mula merasa kebahagiaan sebuah keluarga
sepanjang dia tinggal dekat
kampung tom kat kedah sana

jadi semenjak dia meninggalkan KL
die menghilangkan diri ke kampung tom
adala 2 ekor minah ni dengki dengan kehadiran
luna sebab minah ni suka dekat atan

jadi mereka melaporkan kepada crew MELETOP
bahawa si luna ada dekat kedah
jadi mereka pun datang la ke kedah
untuk bawak luna pulang

timbul plak pergaduhan dekat
depan rumah tom dan menyebabkan
atan ni mengamuk dan halau luna balik kl
jadi luna merajuk dia pun balik kl

lepas tu ape eh….
hah, tok chah atan pujuk atan supaya
pergi pujuk luna balik dekat kl
jadi sampai dekat kl, keluarga atan diperangkap
oleh crew MELETOP

crew tu suruh atan masuk studio meletop
dan rakam la untuk tatapan umum hanya untuk menaikkan rating
program MELETOP dan untuk dapatkan duit
gila bangsat punye orang macam ni pun ada

jadi atan malu la dia pun pulang kedah
nak dekat abes dah ni…..
korang pergi la tengok sendiri cerita cun ni dekat
wayang berhampiran

aku rasa ramai xtaw pasal kewujudan movie cun ni pasal
aku sendiri pun xtaw pasal kewujudan movie ni
sekali aku tengok trailer macam best..
aku pergi tengok memang best pun cite ni.. memang ketawa terbahak2
sampai kahak keluar punyela.. KOMFOM
jadi bawah ni korang tengokla sendiri trailer movie ni

kalau boleh korang klik la button share ni dekat facebook korang ye.. thanks reader

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , ,

No Comments

World Invasion Battle Los Angeles Review

World Invasion Battle Los Angeles
sebelum tidur nak cecite sikit pasal
movie baru ni
aku tengok dekat mid valley
dengan member aku dapat plak tiket free
untung den

ok cerita ni pada pendapat peribadi aku
best lebih macam transformers jugakla

cerita dia pasal bumi diserang oleh alien
jadi ada la seorang ni staf sarjan michael nantz
dipanggil semula bekerja untuk rekrut platoon
dia tapi dibawah arahan leftenan william martinez
leftenan muda ni budak baru, pangkat tinggi
tapi takde pengalaman dalam peperangan sebenar..
dan ada lagi beberapa orang tentera marin
dibawah arahan left muda tu

diorang ni diarahkan untuk pergi ke
balai polis LA untuk selamatkan orang2 awam yang ada
dan mereka diberi masa 3 jam je untuk keluar dari situ
lepas tu pihak tentera akan bom tempat tu

jadi dalam perjalana diorang ke sana tu
diorang diserang oleh alien
scene yang ni pergi tengok sendiri dekat
wayang tu.
lepas tu diorang pun selamat sampai
dekat balai polis dan selamatkan 5 orang
awam dekat situ.

misi seterusnya pergi ke FOB (Forward Operating Base)
sebab helikopter yang patut selamatkan diorang tu kene tembak
dek alien yang jahat durjana
masa scene sini si left muda ni dah gelabah ayam dah
jadi mereka ni kene gune jalan darat.
diorang nak pergi ke FOB naik bas

sampai atas highway je diserang dek alien
yang jahat durjana lagi
masa part sini si left muda ni injured
jadi die pun nak kamikaze la demi geng2 lain
dan ada sorang lagi injured iaitu org awam

jadi mereka pun dah sampai kawasan FOB
dekat situ dah ready untuk terima hentaman bom
masa dekat situ diorang dapat tau dari media
bahawa alien datang untuk dapatkan sumber air bumi
ape daaaa… nak air mintak je la elok2.. ini nak perang2
jadinya berbalik pada cite tadi
tunggu bom nak letup
tapi xde bom pun yang letupkan kawasan tu
diorang heran dan pelik ah

diorang ni pun pergi ke base camp semula
alangkah terkejut beruknya mereka tengok
kawasan situ pun dah kena serang dek alien
yang jahat durjana itu
patut la xde bom

lepas tu diorang ni call la pangkalan
untuk berpindah ke pangkalan baru
masa on the way pergi pangkalan baru
diorang discover 1 kawasan
dimana alien jahat ini berpusat
jadi mereka nak pergi serang kawasan situ

dekat part sini best
aku pun dah penat menaip
menaip pun sebab dah dekat sebulan xupdate blog
jadi dekat bawah ni aku bagi trailer movie ni.. chill
jgn lupa klik button share warna biru dekat atas tu ye

Share/Save/Bookmark

Tags: , ,

No Comments

127 Hours Review

127 Hours Review
ok, cite ni xsilap aku belum
keluar lagi dekat cinema masa aku tengok
tapi ntah macam mana aku leh
tertengok cerita ni

tak mau cite kosong banyak
mau celoteh sikit
bagi korang yang tak tau
cerita ni sebenarnya adalah cerita betul
tentang seorang mamat yg suka mendaki gunung

dan plot cerita ni simple saje
kisah dia start Aron Ralston
tengah bersiap-siap nak pergi Bluejohn Canyon
hiking dekat sane, sampai sane die tidur dulu dalam kereta

esok tu baru dia mulakan perjalanan dia
dia cuma pergi sorang-sorang die je
gile berani mamat ni pergi sorang-sorang. tapi biasala dah kata
hobi memang xde hal die pergi sorang
macam aku hobi tengok wayang,
takde hal pun tgk wayang sorang-sorang

jadi dia mulakan perjalanan tiba-tiba
terserempak 2 orang awek yang sesat
jadi dia pun tolong la cari jalan untuk awek-awek tu
ada 1 scene yg best gila, diorang mandi siap terjun2 lagi
dalam air.

lepas dah jumpa perjalanan awek tu, dia pun teruskan
perjalanan dia sorang-sorang, tengah best-best die panjat
dia pegang la 1 batu, tapi batu tuh terjatuh sekali dengan dia
jadi disebabkan tu, batu tuh menyangkutkan(cam kelakar je)
tangan dia dekat batu besar.

jadi dekat sini la cerita dia bermula
macam mana dia nak survive dekat situ
dengan keadaan tangan tersangkut di celahan batu besar gedabak
ada part dia cuba tarik batu, ada plak part die kikis2 batu guna pisau
ada plak part dia terpaksa minum air kencing sendiri.

jadi macam mana agaknya dia boleh keluar dari celahan batu tu?
perghhhh.. semangat hidup mamat ni memang betul-betul kuat
kalau nak best korang pergi je la tengok sendiri..
cam biasa aku bagi trailer cite ni dekat bawah ni hah..
opsss…kalau boleh kilk “share” button dekat atas ye..

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , ,

2 Comments

Sanctum Review

Sanctum Review
cite ni aku tgk dekat wayang
rumah aku jer.. hehe
download kat tenet gambar xlawa
xpuas menonton

ok cerita ni pasal
peng’explore’
pergi ke gua Esa-Ala
kisah yang sebenarnya mereka
ni nak mengkaji
sistem dalam gua tersebut

sampai 1 masa, Frank dan Judes
nak selam masuk dekat 1 tempat
yang belum di explore oleh orang lain
known as Devil’s Restriction

jadi mereka berdua dah sampai sane
dah puas tengok Devil’s Restriction
mereka berpatah balik pergi kem mereka
tapi tiba-tiba hos pernafasan judes
bocor or rosak la jadi dia takde tank
back-up. si Frank pun offer la

alat pernafasan dia. bukan CPR ye!!
dah tukar2 bernafas si judes ni panik
die xnak tukar hos tu dekat frank
padahal hos tu frank punya
last frank tolak judes
maka matilah wanita itu kelemasan

kembalilah Frank ke tapak perkhemahan
bersama mayat Judes. lepas kejadian tuh
dekat dunia luar plak tgh hujan ribut kuat gile
jadi org2 dekat luar tu suruh Frank dan lain2
keluar dari gua tuh

tapi mereka xsempat sampai ke atas
sebab dalam gua dah banjir
jadi mereka tiada jalan lain
terpaksa cari jalan keluar yg lain

jadi bermulalah exploration mereka
sorang demi sorang mati
yang paling sedih apabila mereka
terpaksa bunuh kawan sendiri sebab kawan mereka
injured teruk. daripada tersiksa lebih baik matikan

keadaan macam tuh jugak la terjadi kepada Josh
anak kepada Frank, die terpaksa bunuh ayah sendiri
sebab ayah die injured teruk masa bergaduh
dengan Carl

akhirnya review aku tamat sampai sini
nak best tunggulah 17 February 2011 ni
dan aku akan pergi tengok lagi sekali
dekat wayang.

opsss…lupe lak nak bagi video trailer cite ni…..
maklumlah lame tak update blog
kalau boleh klik button biru “Share”
dekat FB korang ye… terima kasih

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , ,

6 Comments

Khurafat Review

Khurafat Review
cerita ni aku terlambek sikit
menonton dekat cinema
anyway cerita ni best jugak la
okay, cerita ni bermula

Johan baru berkawen dengan Aishah
dalam pada masa yang sama dia
meninggalkan anna bekas awek dia
sebelum kawen dengan aishah

walaupun johan dah jadi laki orang
si anna ni tetap nak dekat johan tuh
walaupun mamat tuh dah berlaki
eh silap berbini malas nak tekan “backspace”

sampaikan si anna ni sanggup
mencederakan diri die sendiri
sebab kecewa dengan nasib
yang menimpa dia

tapi semenjak si johan ni kawen
dengan aishah
tiap-tiap hari kehidupan
mereka diganggu oleh mahkluk halus

sampai la 1 hari tuh
si anna ni mati sebab bunuh diri
jadi mak anna amanahkan si johan
supaya menguruskan jenazah si mati

jadi dia nak hantar jenazah balik kampung
dekat sini la berlaku kejadian pelik hah..
ala yang van tergolek dekat bukit tuh
dekat part sini lah

apakah punca gangguan ini semua berlaku
aku tertanya-tanya jugak
lepas kejadian van tergolek tuh barulah
aku tau punca sebenarnya

kalau korang nak tau punca gangguan
korang tontonlah sendiri cite ni
dekat wayang berhampiran umah korang

cam biasalah aku bagi video trailer movie ni

dan di samping tuh aku nak promote sikit
produk yang masih hot lagi sampai sekarang
untuk buat duit dengan internet

untuk buat duit dengan adsense
bukti dia korang boleh tengok post aku yang lepas2
dekat sini

Share/Save/Bookmark

Tags: , , , , , , ,

No Comments

Paranormal Activity 2 Review

Paranormal Activity 2 Review
cerita ni aku tengok dekat times square
dan cerita ni sebenarnya adalah
kesinambungan kepada cerita
Paranormal Activiy 1 yang
ditayangkan pada november 2009 xsilap aku

ok cerita ni kisah 1 keluarga tinggal
di rumah la kan..
adala 1 hari tuh rumah mereka seperti
dimasuki pencuri sebab barang2 dalam rumah
bersepah tapi barang2 xde dicuri

jadi si ayah pun tekad la nak
pasang kamera CCTV 1 rumah
jadi bermula kisah hantunya disini
tapi jalan cita ni agak slow sikit la
pada peringkat permulaan sebab
pada malam ke-8 xsilap aku
baru la ada action sikit

dalam cerita ni jugak muncul
si Micah dan Katie iaitu
pelakon paranormal activity 1
jadi hantu ni ada berkait dengan
Katie pelakon movie pertama
Christy Pelakon movie kedua
mereka ni adik beradik

dia punye hantu aku malas nak cerita
sebab bagi aku cerita ni best
dan xbest kalau aku cerita kat sini
aku sarankan tengok dekat wayang kalau nak tengok

kalau nak tengok kat rumah pastikan
sound system korang canggih la
kalau setakat speaker cikai je
serupa tengok je la korang tengok
documentary national geographic je
dan pastikan sound system pasang kuat

enjoy.. aku kasi trailer movie ni dekat bawah
dan kalau korang xkisah.. boleh la klik button share berwarna biru dekat atas

Share/Save/Bookmark

Tags: , , ,

5 Comments

Season of The Witch Review

Season Of The Witch Review
orait, cerita ni aku tengok
dekat Mid Valley.
mulanya nak tengok Paranormal Activity 2
tapi hall 3 ada masalah pulak
kena tukar tiket atau refund
so aku tukar tiket kepada cerita
Season of The Witch
aku masuk lambat sikit tadi

cerita ni starting memperkenalkan
Felson dan Behmen dua satria
kerajaan mane ntah keje (aku xtaw pasal masuk lmbt)
tawan negara orang je keje
sampai la 1 masa diorang ni
terbunuh wanita dan kanak2

jadi mereka berdua ni pergila jumpa
ketua mereka untuk protes apa yang dilakukan
dan serta merta mereka berdua tarik diri untuk
terus follow ketua diorang

mereka ni pun merantau la sampai di 1 bandar
masuk je bandar situ
penduduk dekat situ seperti terkena
penyakit virus yang dipercayai dibawa
oleh seorang awek ahli sihir.

jadi diorang ni pergi la beli kuda dekat
pekan situ sebab nak merantau lagi jauh
sekali terkantoi plak dengan askar pekan tuh
bahawa mereka adalah knight negara mane ntah (aku xtaw pasal masuk lmbt)
jadi mereka dibawa berjumpa king pekan tu dulu
sebelum di bawa ke penjara

king tu offer bawak ahli sihir tuh
pergi Severac untuk berjumpa
dengan sami2 dekat sana untuk hapuskan
wabak yang dipercayai jampi dibawa oleh
ahli sihir tuh

jadi Behmen and the geng
pun setup la 1 team untuk bawak
witch tu p Saverac
jadi sepanjang perjalanan tuh macam2
la dugaan dan cabaran diorang tempuhi

hah.. cukupla sampai sini aku menaip
xlarat dah.. lepas ni nak menaip
cite paranormal activity 2 plak
cam biasa la aku tabur video trailer cite ni.. enjoy
dan kalau korang xkisah.. boleh la klik button share berwarna biru dekat atas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

Tags: ,

No Comments