/* cpalead punya ni */

Archive for May, 2010

Merdeka Sudah Dekat PSIS

akhirnye..
aku dah berjaya habiskan
pengajian aku dekat
PSIS nih..
2tahun setengah dekat sabak bernam
lagi 6 bulan praktikal dekat KL

banyak jugaklah kenangan suka duka aku
dekat sini..
tadi last paper php..
alhamdulillah aku leh jawab jugak la tadi..
ada sikit2 la blur ayam..

lepas habes tadi ade perjumpaan
dengan penyelia akademik.
tengok kawan-kawan aku
menangis nangis mendayu2..
hahaha
maklumlah..sedih..lepas nih
susah nak jumpa dah..

perasaan aku plak…
hehehe..
entahla..sebab jujur aku cakap
kenangan aku xberapa banyak dengan
budak2 kelas aku..
especially kanak-kanak perempuan kelas aku..
so macam robot plak aku tadi..
macam xde perasaan..

dekat rumah plak..
member aku syahir
dah balik melaka..
sedih jugak la tadi..
2tahun setengah member dengan die..

so aku pulak..bile balik kl?
entah lah…
single rider kot..
eh silap..single driver kot..
so aku leh plan bebila aku nak balik..
maybe esok 27-may-2010
atau lusa 28-may-2010..
haha..aku jer la yang tentukan..

dekat sini aku nak buat ucapan dekat
kawan-kawan sepoli aku..
xtawulah korang tawu ke tidak kewujudan
blog aku nih..
kepada yang kenal aku..
sekiranya ada salah dan silap..
aku minta maaf banyak2 dari hujung rambut
sampai hujung kaki..
mane yang pernah belanja aku..
halalkan lah ape yang korang belanja tuh..
sekian sahaja lah..

Share/Save/Bookmark

No Comments

Dia Pergi Selama-lamanya

tiada lagi gigitan dari die..
tiada lagi pelukan untuk die..
tiada lagi ciuman untuk die..
tiada lagi belaian dengan die..
tiada lagi penyambut aku depan pintu rumah..
tiada lagi die dalam hidupku..

sungguh aku sedih dengan pemergianmu..
sungguh aku sunyi dengan ketiadaanmu..

kau peneman hidupku selama enam tahun..
kau penyeri hidupku selama enam tahun..

tidak sempat aku memelukmu..
tidak sempat aku menciummu..
tidak sempat aku bermanja denganmu..
tidak sempat aku membelai seluruh dirimu..

huhu..
agak poyo jugak ayat dekat atas
nih..tapi ni semua luahan dari hati aku..
ni bukan kisah ape pun..
ni kisah kucing aku..
yang dah meninggalkan
aku dan keluarga aku pada 9 May 2010
yang lalu..
enam tahun kucing nih kami jaga..
semenjak 5 februay 2004..
die mati akibat usus pecah
mungkin tercucuk tulang ikan or something
nama die yeng..
jantan..
berat die 10kg..
huhu..
aku masih lagi bersedih dengan pemergian die..
gambar dekat bawah ni
adalah gambar terakhir yang
aku terima dari mak aku masa die
dah mati dekat klinik haiwan
jalan ipoh tu..
laki dalam gambar tuh adik aku

yeng (5 February 2004 - 9 May 2010)

getfile1

Share/Save/Bookmark

No Comments

S.E.M.A.L.A.M Telah Berlalu…

akhirnye..
E.S.O.K seperti semalam telah berlalu…
ada apa dengan semalam?
hah..baca lah last post sebelum
post nih..

awal aku bangun..
haha..pukul 6 tadi aku dah bangun
dah..aku mengalami mimpi ngeri
yang sangat aku takutkan..
bukan mimpi hantu ye..
tapi mimpi KEHILANGAN
dan aku takut benda tuh berlaku
walaupun ia pasti berlaku..
wah..dah macam housemate aku punye ayat pun ada

hah..cakap pasal housemate..
haha..aku menang pagi nih..
semalam orang tua tuh nak berebut dengan aku
nak basuh baju dulu..
hah..silap besar la kau berebut dengan aku
dah kata aku selalu basuh baju selepas subuh..
komfom2 lah aku menang..
sekarang mesin basuh 2 tengah basuh baju aku..
lepas sidai baju..aku nak sambung tidor..

hah..sambung cerita dekat perenggan satu tadi..
semalam semuanya telah berjalan lancar..
presentation final projek 100% telah siap..
dan lancar..
tinggal report final projek je kena betulkan sikit-sikit..
its ok..
semalam kedua-dua pensyarah
datang awal dekat booth aku..
pukul 10 pagi dah datang dah..
hah untungnya..
leganya..semalam memang aku lega sangat2..
kepala aku dah FREE from final projek..
haha..lepas presentation semalam..
malam tadi aku ngn housemate serta 3 orang classmate
aku pergi taluk intan tengok wayang
dekat BIG CINEMA teluk intan.

semalam cerita IRON MAN 2
kami tengok..memang seronok..
haha..semalam aku belajar sesuatu..
aku belajar cara orang teluk intan tengok wayang
untuk pertama kalinya..
semalam masa kami sedang khusyuk tengok wayang..
haha..suasana dalam wayang tuh xmacam orang sedang tengok wayang..
malas la nak cite kat sini..
haha..
xpela..janji semalam aku dapat tengok wayang..
hari nih nak tengok IP MAN 2 plak
hehe..xsabar ni pun..

adoi..panjang sudah aku menaip..
ntah la ada orang baca atau tidak
blog aku nih..
janji ini tempat aku bercerita sudahla..
haha…

Share/Save/Bookmark

4 Comments

ESOK adalah Harinya…wish me luck

E.S.O.K
bile itu esok?
ada apa dengan esok?
kenapa aku xsabar melepasi hari esok?

esok yang dimaksudkan adalah 04/05/2010

esok adalah hari presentation
final projek aku..iaitu
Sistem Aduan Kerosakan Komputer Berasaskan Intranet

sebab esok adalah hari besar bagi aku..
selepas selesai presentation je..
aku rasa sangat2 lega..
walaupun cabaran seterusnya lebih besar dan mencabar
esok adalah hari besar bagi aku

selesai je esok..
aku nak tengok wayang IP MAN 2..
selesai je lusa..
aku nak tengok wayang IRON MAN 2..
tengok dekat mana?
tengok dekat teluk intan..
aku xsabar menanti hari esok..

Ya Allah ya tuhanku..
kau lancarkanlah hari esok
penulis blog ini..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share/Save/Bookmark

No Comments